image1 image2 image3

A Wife a Mother| Live a life and keep my own stories|Because Love is the most beautiful gift | we are given to share |

Cinta di Aidilfitri

Salam Aidilfitri. Hari ini sudah 12 Syawal 1436H. Sudah 12 hari Ramadhan berlalu dan Syawal bersama kita. Masih tersa kemeriahan hari raya. Tahun ini giliran kami sekeluarga beraya di Terengganu pada hari raya pertama dan kedua. Kemudian bertolak ke Melaka pada malam raya kedua. Begitulah tradisi kami sekeluarga telah berkahwin. setiap tahun bergilir beraya di kampung masing-masih. Terima kasih buat suami yang sangat memahani. Biarpun ibubapa saya sudah tiada, namun suami tetap membawa saya pulang ke kampung saya untuk berhari raya, Suami juga yang sentiasa bersemangat untuk pulang ke kampung.

Saya jarang balik ke Terengganu. setahun boleh dikira. Kalau tidak ada kenduri kendara, cuma hari raya puasa saja kami balik. Hari raya haji biasanya beraya di Putrajaya sahaja atau balik ke Melaka.

Tahun ini, kami balik dua hari sebelum raya. Seronoknya anak-anak bila tahu kami akan balik ke Terengganu dan Melaka. Riuh rumah, setiap hari bertanya bila mahu balik. Amir yang paling becok. Balik je dari sekolah, itu la yang akan ditanya, "Bila ni ma nak balik kampung". "Bila ni ma sekolah amir na cuti.."

Hari raya pertama, kami berkumpul adik-beradik di rumah. Kemudian ke rumah Ma. Adik arwah ayah yang kini menjadi bonda kami. Terima kasih Ma atas kasih sayang yang sangat banyak. Terima kasih ma untuk doa yang tak pernah putus. Terima kasih ma untuk setiap pelukan yang sangat erat.

Berkumpul dengan adik-beradik menjadi moment yang sangat berharga buat saya kini. Saat berkualiti yang jarang diperolehi. Melihat adik-adik yang kian dewasa, membuat saya sentiasa rindu pada zaman kecil kami. Dulu kami sentiasa bergaduh. Tidak dapat memahami erti kasih-sayang sebenar. Kini, kian dewasa, walaupun tanpa ungkapan kasih sayang, saya sangat pasti, kasih antara kami amat utuh.

Hari raya kedua, kami ke rumah Pak Anjang dan Mak Anjang. Adik arwah Ayah. Persis Ayah. Memandang pakcik seorang ini sentiasa membuat rindu sangat dalam pada arwah.Makan-makan dirumah mak anjang dan berkumpul berjumpa saudara-mara. Balik sekali sekala, hari raya beginilah baru berjumpa saudara jauh dekat. Moga Allah merahmati Pak Anjang dan Mak anjang asbab mereka mengumpulkan saudara mara untuk menjalinkan silaturahin.

Dari rumah Pak Anjang di Tepoh, kami ke Tersat rumah adik arwah ma. Adik ma ini saling tak tumpah wajah bonda. seiras. Sehingga hari raya pertama, saya tak dapat membendung perasaan rindu. Saya memeluknya dan berkata, sama macam ma. Ada airmata yang tumpah. Maaf, saya terlalu rindu.

Sudah lama sebenarnya saya tidak singgah ke Tersat. Berjumpa anak-anak ibu saudara ini. Sepupu saya ini adalah antara sepupu yang rapat. Membesar bersama di alam kanak-kanak, persis adik beradik. Namun, kian dewasa, masing-masing membawa haluan dalam kehidupan sendiri. Terima kasih Che Da menjamu kami dengan nasi ayam. Nasi ayam itu juga seperti masakan bonda.

Raya kali ini sangat banyak membawa perasaan semalam. Sangat segar memori semalam. Seolah berjalan kembali kisah-kisah semalam saat melihat mereka yang dikasihi. Wajah-wajah yang dicinta dan tempat-tempat yang dikenangi. Mana mungkin akan terlupakan kisah semalam yang penuh pengalaman yang mematangkan.

Terima kasih semua.. terima kasih untuk cinta di aidilfitri. Moga silaturahim kekeluargaan ini akan sentiasa mekar. biarpun jauh, doa sentiasa dititipkan buat semua agar semuanya sentisa baik-baik sahaja dan dilimpahi Rahmat Ilahi yang berpanjang,

Salam sayang dari kejauhan yang sentiasa merindui.




Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment